BAGHDAD: Ribut debu yang melanda sebahagian besar Iraq menyebabkan puluhan orang di hospital mengalami masalah pernafasan, kata jurucakap kementerian kesihatan pada Sabtu lalu.
Ribut itu meletus di utara negara itu pada Khamis lalu menyebabkan pembatalan penerbangan ke Arbil, ibu kota wilayah autonomi Kurdistan.
Ketika ribut melanda selatan, ia menyelubungi Baghdad dan bandar di bahagian selatan Nasiriyah.
Di ibu negara, bangunan dan kenderaan diselaputi habuk berwarna oker, lapor wartawan AFP.
“Ribut itu menyebabkan puluhan orang dimasukkan ke hospital di seluruh Iraq kerana masalah pernafasan,” ujar jurucakap Kementerian Kesihatan, Saif al-Badr.
Pengarah Pejabat Meteorologi Iraq, Amer al-Jabri berkata, walaupun ribut debu bukan perkara luar biasa di Iraq, ia menjadi lebih kerap disebabkan oleh kemarau, kawasan gurun dan hujan yang berkurangan.
Iraq sangat terdedah kepada perubahan iklim, setelah menyaksikan merekodkan hujan rendah dan suhu tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Pakar berkata, faktor ini mengancam bencana sosial dan ekonomi di negara yang dilanda perang itu.
Pada November tahun lalu, Bank Dunia memberi amaran bahawa Iraq boleh mengalami kejatuhan 20 peratus dalam sumber air menjelang 2050 akibat perubahan iklim. -AFP