Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribut Benjamin dijangka bawa hujan lebat, angin kencang ke UK
  • GLOBAL

Ribut Benjamin dijangka bawa hujan lebat, angin kencang ke UK

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEBUAH bot nelayan tiba di pelabuhan di Plobannalec-Lesconil, barat Perancis, pada 22 Oktober 2025, ketika ombak besar dan angin kencang melanda pantai semasa ribut Benjamin melanda kawasan itu. Foto AFP


LONDON: Ribut Benjamin dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang ke beberapa kawasan di United Kingdom (UK) minggu ini, lapor Anadolu Ajansi memetik perkhidmatan cuaca, Met Office.

Met Office telah mengeluarkan tiga amaran cuaca peringkat kuning bagi Khamis, merangkumi kemungkinan berlakunya gangguan, banjir, bekalan elektrik terputus dan kerosakan bangunan di beberapa wilayah.

Amaran hujan peringkat kuning itu meliputi sebahagian besar kawasan selatan England, East Midlands serta beberapa bahagian Wales dan Yorkshire.

Hujan lebat dijangka bermula pada Rabu malam dengan jumlah taburan sehingga 50 milimeter di beberapa kawasan menjelang awal pagi Khamis.

Angin kencang turut berpotensi menyebabkan gangguan bekalan elektrik, gangguan pengangkutan serta kerosakan pada bangunan.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Tesla panggil semula 13,000 kenderaan elektrik akibat kegagalan penyentuh bateri
Next: AS catat kes campak tertinggi sejak 1992

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.