Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribuan tunjuk perasaan tuntut Netanyahu berundur
  • GLOBAL

Ribuan tunjuk perasaan tuntut Netanyahu berundur

Utusan Sarawak 5 years ago
POLIS Israel menahan penunjuk perasaan yang berkampung di depan kediaman Benjamin Netanyahu di Jerusalem. • Foto AFP

JERUSALEM : Ribuan penunjuk perasaan Israel berkumpul bandar ini semalam menuntut pengunduran Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu.

Ia demonstrasi pertama yang diadakan sejak perintah berkurung terbaru dikuatkuasakan di seluruh Israel susulan penularan Covid-19.

Israel yang menunjukkan kadar jangkitan Covid-19 per kapita antara tertinggi di dunia dalam tempoh dua minggu terakhir ini, melaksana perintah berkurung pada Jumaat lalu.

Perintah itu dikuatkuasakan pada hari pertama musim percutian Yahudi, sekali gus menimbulkan kemarahan dalam kalangan Yahudi ultra-Ortodoks.

Sementara pemerintah dipuji atas tindakan awal menangani pandemik itu, pelaksanaan perintah berkurung yang ketat sejak Mac lalu menimbulkan bantahan ramai penduduk yang mendakwa pemerintah gagal mengawal pandemik itu.

Protes jalanan masih dibenarkan walaupun ada sekatan terbaharu dan penunjuk perasaan masih turun menyertai tunjuk perasaan di luar kediaman Netanyahu.

Penunjuk perasaan memakai pelitup muka, tetapi tidak mengamalkan penjarakan fizikal di antara satu sama lain untuk mencegah penularan virus.

Polis berkata, sekatan yang dilakukan di lokasi demonstrasi dilaksana kepada penunjuk perasaan yang ingkar peraturan dan undang-undang.

Ketika perintah berkurung yang ditetapkan selama tiga minggu itu, pergerakan penduduk dihadkan dalam lingkungan satu kilometer untuk melakukan aktiviti masa lapang dengan perjalanan melebihi had itu terbatas untuk membeli bekalan, mencari rawatan perubatan atau bekerja di sektor penting.

Walaupun aktiviti ekonomi biasanya perlahan ketika cuti Yahudi, ramai pihak di Israel bimbang berlaku kegawatan lebih teruk ketika perintah berkurung kedua ini.

Netanyahu melaksana pelbagai langkah pencegahan sejak beberapa bulan lalu untuk mengelak perintah berkurung penuh, seperti penutupan hujung minggu, tetapi sering berubah sebaik berdepan tentangan.

Israel merekodkan kadar jangkitan virus kedua tertinggi di dunia selepas Bahrain dua minggu lalu, mencatat 187,396 kes dan 1,236 kematian. – AFP

Continue Reading

Previous: Tuntutan singkirkan PM Thailand
Next: 10 TERBUNUH runtuhan bangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.