Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribuan sambut wira PSG di Champs-Elysees
  • GLOBAL

Ribuan sambut wira PSG di Champs-Elysees

Utusan Sarawak 4 days ago

Pemain, kakitangan dan presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi menghadiri majlis perarakan trofi sehari selepas kelab itu menjuarai Liga Juara-Juara.

PARIS: Kira-kira 100,000 penyokong membanjiri Champs-Elysees awal pagi tadi untuk meraikan pemain dan kakitangan Paris Saint-Germain (PSG) yang berarak membawa trofi Liga Juara-Juara di ibu negara Perancis.

Pasukan itu menaiki bas terus dari lapangan terbang Roissy selepas tiba dari Munich, setelah menewaskan Inter Milan pada final awal pagi semalam.

Mereka disambut meriah oleh penyokong sepanjang perjalanan.

Ada yang membawa bendera dan suar, semua hadir untuk menikmati detik bersejarah kelab mereka memenangi trofi paling berprestij dalam kancah bola sepak kelab Eropah buat kali pertama dalam sejarah.

Pemain yang semuanya memakai jersi bertulis ’25’, menjulang trofi itu dan menyapa orang ramai sepanjang perjalanan.

“Mari kita semua menyanyi bersama-sama,” jerit kapten ikonik mereka, Marquinhos.

Jurulatih Luis Enrique dan pasukannya, termasuk Desire Doue, pemain berusia 19 tahun yang mencipta kejutan dengan menjaringkan dua gol dalam kemenangan besar 5-0 ke atas Inter, kemudian menghadiri majlis resepsi di Istana Elysee yang dianjurkan oleh Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Polis berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk mengelak sebarang insiden keganasan seperti yang berlaku selepas wisel penamat awal pagi semalam semasa sambutan kemenangan.

Dianggarkan seramai 11.8 juta penonton menyaksikan perlawanan itu di televisyen Perancis yang mencetuskan malam panjang penuh dengan sambutan meriah.

Penyokong membanjiri jalanan di ibu kota, menyalakan suar dan bunga api bagi meluahkan rasa gembira selepas puluhan tahun menunggu kejayaan itu.

Insiden itu bagaimanapun tidak seteruk kejadian Isnin lalu apabila perarakan kemenangan Liga Perdana Inggeris oleh kelab Liverpool di bandar England berakhir dengan tragedi selepas sebuah kereta merempuh orang ramai, menyebabkan 79 orang cedera.

Jurang gol itu adalah yang terbesar dalam sejarah final Liga Juara-Juara atau dikenali Piala Eropah sebelum ini.

Qatar Sports Investments melaburkan ratusan juta euro terhadap PSG sejak membeli kelab bermasalah itu pada tahun 2011, namun dalam beberapa musim kebelakangan ini mereka mengubah dasar daripada membeli pemain bintang seperti Neymar dan Lionel Messi kepada melabur terhadap bakat muda Perancis.

Doue kini mengukuhkan kedudukannya sebagai bintang muda yang sedang meningkat dalam bola sepak dunia.

Senny Mayulu, seorang lagi pemain berusia 19 tahun, masuk sebagai pemain gantian pada hujung perlawanan dan menjaringkan gol kelima.

“Saya masih tidak percaya, mungkin esok baru saya boleh menyedarinya,” kata Mayulu selepas perlawanan.

“Di bilik persalinan, setiap orang meluahkan perasaan mereka dengan cara tersendiri, ia terpancar di mata mereka, semua dipenuhi kegembiraan dan kebanggaan.”

PSG pernah tewas dalam satu-satunya penampilan final lima tahun lalu, tetapi selepas kejayaan terkini, mereka menyatakan hasrat untuk mencipta lebih banyak kejayaan.

“Matlamat sekarang adalah untuk menang lagi,” kata presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.

“Ia mengambil masa 14 tahun dengan kerja keras tetapi kami sedang membina sesuatu untuk masa depan.” – AFP

Continue Reading

Previous: 30 Terbunuh, lebih 150 cedera ditembak tentera Israel
Next: Misteri wanita ‘hantu parit’ terungkai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.