Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribuan penduduk larikan diri, gempa bumi kuat gegar Barat Indonesia
  • GLOBAL

Ribuan penduduk larikan diri, gempa bumi kuat gegar Barat Indonesia

Utusan Sarawak 2 years ago
Gambar yang diambil awal pagi tadi oleh agensi mitigasi bencana (BNPB) Indonesia menunjukkan penduduk kampung berteduh di kampung Sigapokna di pulau Mentawai selepas gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda kawasan itu. Foto AFP

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter melanda wilayah barat Sumatera Barat di Indonesia pada Selasa dan berpotensi mencetuskan tsunami selain memaksa ribuan penduduk melarikan diri dari kawasan pantai. 

Gempa bumi itu berlaku 3.00 pagi (waktu Jakarta) pada Selasa (2000 GMT Isnin) dengan pusat gempa berada 177 kilometer (km) barat laut daerah Kepulauan Mentawai dan kedalaman 84 km di bawah dasar laut, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

Lebih 2,000 penduduk telah melarikan diri dari kawasan pantai, menuju ke kawasan lebih tinggi di daerah  Siberut Barat dan Siberut Utara di daerah Kepulauan Mentawai, kata ketua unit kecemasan dan logistik agensi pengurusan dan mitigasi bencana daerah Mentawai, Amir Ahmari.

“Gegaran kuat turut dirasai di daerah kecil Siberut Barat dan Siberut Utara. Penduduk bergegas ke kawasan yang lebih tinggi,” kata Ahmari ketika dihubungi Agensi Berita Xinhua. 

Setakat ini tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa, namun penilaian risiko maih dilakukan, katanya.

Sementara itu, jurucakap Agensi Pengurusan dan Mitigasi Bencana Negara, Abdul Muhari berkata, berdasarkan pemerhatian visual tiada kecederaan, kemalangan jiwa dan kerosakan selepas gempa itu.

Ketua agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik Dwikorita Karnawati berkata permukaan air telah meningkat 11 sentimeter dan agensi itu meramalkan kenaikan tidak melebihi 0.5 meter. – Bernama-Xinhua 

Continue Reading

Previous: Konflik Sudan: Beberapa negara mula bawa keluar rakyat masing-masing
Next: Washington haramkan senjata separa automatik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.