Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribuan pelancong hadir di Angkor Wat saksi matahari terbit ekuinok di Kemboja
  • GLOBAL

Ribuan pelancong hadir di Angkor Wat saksi matahari terbit ekuinok di Kemboja

Utusan Sarawak 5 hours ago
EKUINOK musim bunga di Angkor Wat menampilkan gabungan seni bina purba dan keajaiban alam yang memukau. Foto Agensi

SIEM REAP (Kemboja): Ribuan pelancong memenuhi kawasan hadapan kuil terkenal Angkor Wat di barat laut Kemboja pada awal pagi Ahad untuk menyaksikan matahari terbit yang menakjubkan sempena ekuinok musim bunga, lapor Xinhua.

“Sebilangan besar pelancong dalam dan luar negara berkumpul untuk merakam gambar kenangan matahari terbit yang sejajar dengan menara utama Angkor Wat,” kata Menteri Pelancongan Huot Hak dalam satu hantaran di media sosial.

“Matahari terbit ekuinok ialah fenomena luar biasa dan jarang berlaku yang hanya berlaku dua kali setahun,” tambahnya.

Pihak Berkuasa Nasional APSARA (ANA), agensi kerajaan yang bertanggungjawab mengurus, melindungi dan memelihara Taman Arkeologi Angkor di wilayah Siem Reap, berkata ekuinok Angkor berlaku dua kali setahun.

Acara pertama yang dikenali sebagai ekuinok musim bunga boleh berlaku antara 21 hingga 23 Mac, manakala acara kedua iaitu ekuinok musim luruh berlaku antara 21 hingga 23 September, menurut kenyataan ANA.

“Ekuinok Angkor ialah peristiwa apabila matahari terbit di atas menara tengah Angkor Wat, menghasilkan pemandangan menakjubkan yang diwariskan kepada manusia oleh nenek moyang Khmer serta memberi gambaran tentang kepercayaan dan sains,” menurut ANA.

Angkor Wat merupakan antara kuil utama dalam Taman Arkeologi Angkor yang disenaraikan UNESCO. Taman seluas 401 kilometer persegi itu menempatkan 91 kuil purba yang dibina antara abad kesembilan hingga ke-13.

Destinasi pelancongan paling popular di negara Asia Tenggara itu menarik seramai 955,131 pelancong antarabangsa pada 2025, menjana hasil kasar sebanyak AS$44.7 juta daripada jualan tiket, menurut Angkor Enterprise milik kerajaan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Kemboja rekod kelahiran ketiga anak ikan lumba-lumba Mekong nadir pada 2026
Next: Gempa bumi 6.2 magnitud landa 102 KM timur laut Hihifo, Tonga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.