Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Ribuan beri penghormatan terakhir kepada Jota di Portugal
  • SUKAN

Ribuan beri penghormatan terakhir kepada Jota di Portugal

Utusan Sarawak 1 day ago
Jota. Foto fail AFP
Puluhan ribu rakyat Portugal beri penghormatan terakhir utuk Jota. Foto AFP

GONDOMAR, Portugal: Puluhan ribu rakyat Portugal, daripada presiden negara hinggalah rakan zaman kanak-kanak, meratapi pemergian Diogo Jota di kampung halamannya semalam selepas bintang Liverpool itu dan adiknya maut dalam kemalangan jalan raya.

Jota, 28, dan Andre Silva, 25, terbunuh kelmarin selepas kenderaan mereka terbabas di lebuh raya di barat laut Sepanyol dan terbakar, hanya beberapa hari selepas penyerang Portugal itu melangsungkan perkahwinannya.

Upacara penghormatan terakhir buat adik-beradik itu diadakan di sebuah kapel di pinggir Porto, Gondomar semalam sebelum pengebumian dijadualkan berlangsung pada jam 10 pagi (0900 GMT) hari ini.

Ahli keluarga terdekat dan rakan-rakan, termasuk ibu bapa mereka, memberikan penghormatan terlebih dahulu, dengan datuk mereka dipapah oleh dua orang lain untuk masuk ke kapel.

Hadirin tiba sambil membawa kalungan bunga, sebahagiannya menangis teresak-esak, sebelum kapel dibuka kepada orang ramai.

Presiden Portugal, Marcelo Rebelo de Sousa, Perdana Menteri, Luis Montenegro, ejen Jota, Jorge Mendes dan presiden kelab Porto, Andre Villas-Boas antara yang hadir memberikan ucapan takziah.

“Bola sepak benar-benar sedang berkabung. Diogo adalah lambang bakat bola sepak Portugal,” kata ketua persekutuan bola sepak negara itu, Pedro Proenca.

Di akademi bola sepak Diogo Jota, berhampiran Gondomar SC tempat bekas pemain Porto dan Atletico Madrid itu memulakan kariernya, orang ramai mencipta tugu peringatan dengan bunga, selendang, lilin dan jersi.

“Terima kasih, Diogo Jota,” tertulis dalam mesej tulisan tangan seorang kanak-kanak, sementara orang ramai berdiri dalam keadaan hening penuh hormat.

Pedro Neves, rakan sekolah Jota di Gondomar berkata dia akan “mengingati Jota sebagai seorang yang amat mesra, sopan, yang menyayangi setiap orang, yang sentiasa tersenyum.”

Di Estadio do Dragao milik Porto, bendera dikibarkan separuh tiang dan gambar Jota sedang tersenyum serta memakai jersi kelab itu dipaparkan di skrin gergasi.

Liverpool membuka buku takziah dan menurunkan bendera separuh tiang, dengan ratusan penyokong meletakkan lautan bunga, belon dan jersi Jota di luar Anfield.

Tugu peringatan serupa turut didirikan di Stadium Molineux, bekas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang pernah diwakilinya, Wolverhampton Wanderers.

Media Britain melaporkan Liverpool menangguhkan permulaan latihan pramusim, sementara juara bertahan EPL itu mengesahkan jualan tiket bagi aksi persahabatan pada 13 Julai ditangguhkan.

Di London, Wimbledon melonggarkan kod pakaian serba putihnya yang ketat bagi membenarkan pemain tenis Portugal, Francisco Cabral memakai riben hitam sebagai tanda penghormatan kepada Jota. – AFP

Continue Reading

Previous: Pasukan dari Brazil tewaskan Al-Hilal untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia Kelab
Next: Perlumbaan Bot Laju Sarikei kembali selepas 9 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.