Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Ribuan bantah perintah berkurung separa
  • GLOBAL

Ribuan bantah perintah berkurung separa

Utusan Sarawak 3 years ago
RIBUAN penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi sambil memegang belon dan sepanduk di Utrecht, Belanda. • Foto AFP

BELANDA: Ribuan berarak melalui bandar Utrecht di Belanda pada Sabtu, membantah perintah berkurung yang dilaksanakan kerajaan susulan peningkatan kes Covid-19 di negara itu.

Sambil memegang belon, payung dan sepanduk, mereka berarak dari taman ke pusat bandar di bawah kawalan pihak polis.

Kerajaan Belanda mengenakan perintah berkurung selama tiga minggu pada 12 Nov lalu dan mengetatkannya lebih seminggu yang lalu kerana kes jangkitan Covid-19 kekal tinggi sejak wabak itu bermula.

Antara lain, kerajaan mewajibkan semua bar, restoran dan tempat awam lain, termasuk kedai yang menjual barangan tidak penting, ditutup pada pukul 5 petang.

Bagaimanapun, kadar jangkitan minggu ini mula berkurangan sedikit, tetapi kekal menghampiri rekod tertinggi.

Sebelum ini satu demonstrasi di Rotterdam berlaku sejurus selepas pengumuman sekatan oleh kerajaan yang menyebabkan rusuhan jalanan sehingga pihak polis terpaksa melepaskan tembakan.-AFP

Continue Reading

Previous: Omicron bakal dominasi dunia
Next: Amukan Semeru ranapkan Lumajang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.