Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Riau dijangka alami musim kemarau, risiko kebakaran pertengahan 2025
  • GLOBAL

Riau dijangka alami musim kemarau, risiko kebakaran pertengahan 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
MUSIM kemarau di Indonesia pada 2023 adalah yang paling teruk sejak 2019 disebabkan fenomena cuaca El Nino yang berlarutan lebih lama daripada biasa, membawa kemarau yang merosakkan tanaman dan memburukkan lagi kebakaran hutan. Foto AFP

JAKARTA: Wilayah Riau, Indonesia yang sering terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah dijangka dilanda musim kemarau antara Mei hingga Julai 2025, menurut pegawai agensi berkaitan.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) meramalkan musim kemarau yang kurang teruk berbanding fenomena El NiƱo pada 2015, 2019 dan 2023.

“Bagaimanapun, potensi berlakunya kebakaran hutan dan tanah tetap ada, mengambil kira pengalaman pada tahun-tahun sebelumnya dengan keadaan musim kemarau yang serupa,” kata Timbalan Ketua Klimatologi BMKG, Ardhasena Sopaheluwakan.

Riau, yang mengalami dua musim kemarau dan dua musim hujan setiap tahun mendapat manfaat daripada sinaran matahari dan taburan hujan yang banyak, dan beliau menekankan perlunya mengoptimumkan keadaan itu untuk kesejahteraan masyarakat serta menyeru kepada peningkatan kesedaran dan kesiapsiagaan.

“Sinergi dan pengetahuan tentang iklim adalah penting supaya semua pihak, termasuk kerajaan tempatan, kekal berwaspada,” katanya dalam satu kenyataan.
BMKG turut memanfaatkan data iklim dalam sektor pertanian, termasuk padi, jagung dan kelapa sawit, serta membangunkan sistem amaran awal bagi wabak denggi dan menyokong projek penyelenggaraan infrastruktur.

Ketua Agensi Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Riau, Edi Afrizal memaklumkan sebanyak 42 titik panas dikesan setakat tahun ini, melibatkan pembakaran seluas 78.56 hektar, dengan semua kebakaran berjaya dipadamkan.

Kerajaan Riau baru-baru ini menganjurkan Jambori Kebakaran Hutan dan Tanah pertama di Indonesia bagi meningkatkan koordinasi antara anggota bomba, agensi, polis, tentera, sukarelawan dan kumpulan komuniti.

“Usaha pencegahan ini diharapkan dapat mengelakkan kesan buruk kebakaran, seperti jerebu yang menjejaskan kesihatan awam dan aktiviti harian,” kata Edi. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Taman mini di Shizuoka diiktiraf taman terkecil di dunia
Next: Ramai maut kereta rempuh orang ramai di Vancouver, Kanada

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.