Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • RH perkukuh peranan dalam pembangunan negara
  • BISNES

RH perkukuh peranan dalam pembangunan negara

Utusan Sarawak 16 hours ago
DR Sim ketika merasmikan majlis pelancaran Fasad Baharu dan Pengubahsuaian Dalaman Menara Rimbunan Hijau di Sibu, semalam.12 l

SIBU: Rimbunan Hijau (RH) terus memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi tempatan, mencerminkan visi para pengasas serta dedikasi para pekerjanya, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau, berkata kumpulan korporat yang berpangkalan di Sarawak itu telah berkembang pesat dan mencipta pelbagai peluang kepada rakyat, sekali gus memperkasakan keluarga di seluruh negara.

“RH bukan sahaja membina sebuah empayar perniagaan yang berjaya, malah membina kehidupan dan masa depan untuk ramai orang — bukan sahaja dalam negara, tetapi juga di pentas antarabangsa.

“Ini mencerminkan kualiti, inovasi dan ketekunan yang menjadi identiti kita,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian semasa Majlis Pelancaran Fasad Baharu dan Pengubahsuaian Dalaman Menara Rimbunan Hijau di sini, semalam.

Tambah beliau, projek pengubahsuaian ini bukan sekadar transformasi fizikal, tetapi simbol komitmen berterusan RH terhadap inovasi, kemajuan dan kecemerlangan dalam perniagaan serta pembangunan negara.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Rimbunan Hijau, Datuk Tiong Thai King, berkata Menara Rimbunan Hijau bukan sekadar bangunan, tetapi lambang budaya korporat, semangat serta daya tahan syarikat tersebut.

“Menara ini telah menyaksikan lima dekad pertumbuhan dan transformasi syarikat.

“Di sebalik dindingnya tersimpan aspirasi serta usaha setiap warga kerja.

“Namun, dalam era perubahan pesat yang dicorak oleh paradigma kerja baharu, kemajuan teknologi dan inovasi kecerdasan buatan, kami juga perlu berkembang,” katanya.

Menurutnya, pengubahsuaian ini akan menjadikan Menara RH sebagai enjin inovasi dan pembangunan, ruang yang menyokong kesejahteraan pekerja, platform kejayaan bersama rakan kongsi serta tetingkap penting kepada masyarakat yang mencerminkan nilai dan visi syarikat.

“Dengan berteraskan piawaian tinggi, teknologi pintar, pembangunan hijau dan rendah karbon serta reka bentuk berorientasikan manusia, Menara RH yang diperbaharui ini bakal menjadi persekitaran kerja moden yang efisien, mampan dan berpaksikan manusia,” ujarnya.

Beliau berharap penambahbaikan menara tersebut akan menjadi permulaan baharu ke arah kejayaan lebih besar bagi kumpulan itu pada masa hadapan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: DNeX raih kontrak inisiatif Makkah Route bernilai AS$1.8 juta
Next: Pelaksanaan subsidi RON95 ambil kira ekonomi semasa – Hanifah Hajar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.