Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RH Group raikan 50 tahun kejayaan ekonomi, global
  • TEMPATAN

RH Group raikan 50 tahun kejayaan ekonomi, global

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Nancy Shukri mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof semasa meraikan ulang tahun ke-50 Rimbunan Hijau (RH) Group dengan meriah di Dataran Tun Tuanku Bujang malam ini. Foto Bernama

SIBU: Rimbunan Hijau (RH) Group meraikan ulang tahun ke-50 dengan meriah di Dataran Tun Tuanku Bujang, sebagai mengenang lima dekad kejayaan serta sumbangan kepada ekonomi negara dan reputasi di peringkat global.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam ucapannya yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Nancy Shukri memuji RH Group atas sumbangan besar dan legasi berterusan dalam pembangunan ekonomi yang berkembang di Sibu, Sarawak, Malaysia hingga peringkat global.

“Selama 50 tahun lepas, RH Group telah mengukuhkan perniagaan dan memberikan sumbangan luar biasa kepada pembangunan ekonomi Sibu, Sarawak, Malaysia serta pelbagai negara,” katanya.

Majlis sambutan gilang-gemilang itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran orang ramai serta persembahan daripada artis terkenal tanah air Shila Amzah serta artis tempatan, pasukan tarian singa dan naga serta persembahan istimewa daripada warga kerja RH Group.

Kemuncak malam ini adalah pertunjukan dron melibatkan 330 unit dan pertunjukan bunga api muzikal selama 13 minit, yang dihasilkan dengan bantuan tiga bakat muda tempatan dari Sibu.

Beliau turut memuji Pengarah Urusan RH Group Datuk Tiong Thai King yang mempunyai visi dan kesungguhan dalam memimpin kumpulan berkenaan untuk mencapai kejayaan berterusan.

“Hari ini, di bawah kepimpinan cemerlang Datuk Tiong Thai King yang juga rakan sejawat saya di Parlimen hingga 2013, kami yakin RH Group akan terus mencapai kejayaan,” katanya.

Beliau turut memberikan penghargaan kepada kakitangan syarikat yang amat dedikasi dalam menghadapi pelbagai cabaran bagi memastikan kejayaan, serta berharap RH Group akan terus memberikan sumbangan kepada pembangunan negara serta serantau.

Sementara itu, Fadillah berkata pertunjukan dron yang mengagumkan itu bukan sahaja menandakan pencapaian korporat tetapi juga mempamerkan kebanggaan Sibu dalam melahirkan bakat bertaraf dunia dan inovasi, sekali gus mengukuhkan lagi hubungan antara RH Group dan masyarakat tempatan serta aspirasi global. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Lawatan siri kelima ke SADA
Next: Menara Rimbunan Hijau berwajah baharu, simbol usaha lestari Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.