Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rh Anne Saging bakal menikmati kemudahan parkir baharu
  • Tengah
  • WILAYAH

Rh Anne Saging bakal menikmati kemudahan parkir baharu

Utusan Sarawak 4 hours ago
UNTUK RAKYAT… Lau (tengah) menyaksikan penyerahan tapak projek pembinaan tempat pakir baharu Rh Anne Saging di Pasai Siong, hari ini.

SIBU: Penduduk Rumah Panjang (Rh) Anne Saging di Pasai Siong, di sini bakal menikmati kemudahan tempat letak kenderaan baharu yang lebih teratur dan selamat.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kaunselor Kevin Lau Kor Jie telah menyaksikan penyerahan tapak projek tersebut kepada kontraktor hari ini.

Menurutnya, penyerahan tapak itu menandakan permulaan rasmi projek penting yang bertujuan meningkatkan tahap keselamatan penduduk serta memperbaiki pengurusan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Lau memberitahu, isu kekurangan kemudahan parkir telah dibangkitkan oleh penduduk ketika sambutan Gawai Mangkung Tiang yang dianjurkan oleh rumah panjang tersebut pada Jun tahun lalu.

“Kekurangan tempat letak kenderaan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menimbulkan risiko keselamatan kepada penduduk serta pengguna jalan raya,” katanya.

Susulan itu, katanya, jurutera Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dengan bantuan Kaunselor Jeksen Chuban telah menjalankan pemeriksaan tapak bagi menilai keadaan sebenar di lapangan serta mencadangkan langkah penambahbaikan yang bersesuaian.

 PENERANGAN…Lau ketika diberi penerangan tentang projek pembinaan tempat pakir baharu Rh Anne Saging di Pasai Siong, hari ini.

Beliau berharap penduduk akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkaitan bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Pasukan kami akan terus memantau dan menyelia kemajuan projek sehingga siap bagi memastikan kualiti pembinaan memenuhi piawaian ditetapkan serta memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk,” katanya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Dialog bersemuka jadi asas perancangan pembangunan di DUN Kalaka
Next: Jambatan laluan motosikal dan pejalan kaki baharu bakal dibina di Kampung Kepayang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.