Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Rezeki Ramadan: Air tebu segar dan ikan panggang tarikan utama di Bekenu
  • BISNES

Rezeki Ramadan: Air tebu segar dan ikan panggang tarikan utama di Bekenu

Utusan Sarawak 3 hours ago
JURINA Lani ketika ditemui sedang menyediakan ikan panggang yang diadakan di Gerai Ramadan RTC Bekenu petang tadi.

BEKENU: Ramadan membuka ruang rezeki buat peniaga kecil apabila permintaan terhadap juadah berbuka puasa meningkat saban hari.

Bagi Jurina Lani, 26, berasal dari Kampung Danau Bekenu, peluang ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan menjual air tebu segar dan pelbagai jenis ikan panggang di Gerai Ramadan RTC Bekenu.

Setiap hari, Jurina menyediakan sekitar 200 kilogram tebu yang dibeli daripada penduduk tempatan sebagai sokongan kepada ekonomi komuniti setempat.

DUA pekerja sedang tapis air tebu asli untuk disediakan dan dijual. Turut didatangi oleh pembelinya.

Menurutnya, tebu berkenaan diperah seawal 10.00 pagi sebelum diisi ke dalam botol bersaiz 1.5 liter dan 500 mililiter.

“Terdapat dua pilihan ditawarkan kepada pelanggan iaitu air tebu asli tanpa campuran dan air tebu campur ais yang lebih menyegarkan untuk dinikmati ketika berbuka.

“Alhamdulillah, sambutan memang menggalakkan terutama waktu petang. Ramai yang mencari minuman manis semula jadi untuk hilangkan dahaga selepas seharian berpuasa,” katanya ketika ditemui di gerainya petang tadi. 

Selain minuman, turut menyediakan ikan panggang pelbagai jenis seperti ikan sardin, pari, bawal emas, Tua Pek Kong, yu dan geronggong.

AROMA ikan panggang di gerai Jurina Lani menjadi tarikan utama pengunjung bazar Ramadan Bekenu.

Proses memanggang bermula sekitar 2.00 petang bagi memastikan ikan sentiasa panas dan segar ketika dijual.

Aroma ikan panggang yang dibakar perlahan-lahan di atas bara api nyata menarik perhatian pengunjung bazar.

Kebanyakan pelanggan memilih untuk mendapatkan hidangan lengkap – air tebu segar bersama ikan panggang sebagai juadah berbuka.

Beliau tidak bersendirian mengusahakan gerai tersebut, beliau dibantu oleh lima orang pekerja bagi memastikan proses penyediaan, pembungkusan dan layanan pelanggan berjalan lancar terutama ketika waktu puncak menjelang berbuka.

Usaha gigih itu membuahkan hasil apabila jualan harian menunjukkan peningkatan sepanjang hari sejak pertama Ramadan.

Jurina berharap perniagaannya terus mendapat sambutan dan dapat menambah pendapatan keluarga sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.

“Ramadan memang bulan cari rezeki, tapi yang penting juga kepuasan pelanggan. Bila pelanggan puas hati dan datang semula, itu satu rezeki yang paling besar,” ujarnya penuh syukur.

Oleh Adum Liu

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Kumpulan Affin dan MBSB Bank komited RM3.8 bilion untuk pengambilalihan U Mobile

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.