Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Rezeki musim bubuk, pantai Miri diserbu pengunjung
  • WILAYAH

Rezeki musim bubuk, pantai Miri diserbu pengunjung

Utusan Sarawak 4 hours ago
BANYAK… Lambakan bubuk menyebabkan harga jualan menurun sehingga serendah RM2 sekilogram di Miri. Foto Liong Chai Ling

MIRI: Kehadiran bubuk atau lebih dikenali sebagai udang geragau sekali lagi menarik perhatian orang ramai apabila beberapa lokasi pantai di bandar raya ini dipenuhi pengunjung yang mahu mendapatkan hasil laut bermusim berkenaan.

Tinjauan Utusan Sarawak di Batu Satu Kuala Baram mendapati suasana di pesisir pantai bertukar meriah apabila penduduk setempat dan pengunjung luar mengambil peluang membeli bubuk segar terus daripada nelayan.

Lambakan hasil menyebabkan harga jualan menurun sehingga serendah RM2 sekilogram, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai penduduk untuk membeli dalam kuantiti banyak sama ada untuk kegunaan sendiri atau diproses menjadi produk seperti belacan, cencaluk dan cucur bubuk.

BANYAK… Lambakan bubuk menyebabkan harga jualan menurun sehingga serendah RM2 sekilogram di Miri. Foto Liong Chai Ling

Seorang pengunjung , Dayang Ibrahim, 48,  berkata dia tidak melepaskan peluang mendapatkan bubuk segar untuk dijadikan cucur dan belacan.

“Bukan selalu dapat harga murah macam ni. Bila tahu bubuk banyak, memang kami terus datang awal supaya tak terlepas,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Emma Ringgi,45, berkata musim bubuk bukan sekadar peluang mencari rezeki tambahan, malah sudah menjadi aktiviti tahunan bersama keluarga.

“Setiap kali musim bubuk, kami memang turun ramai-ramai membeli bubuk segar.

“Saya akan beli bubuk sehingga 10 kilogram untuk diproses menjadi belacan dan cencaluk. Belacan yang dihasilkan bukan saja untuk makan sendiri tetapi saya jual,” katanya.

Musim bubuk yang lazimnya berlaku antara Februari hingga April setiap tahun itu sememangnya dinantikan kerana tempohnya singkat.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua tan lebihan makanan manfaat 1,000 penerima melalui MySaveFood Mukah
Next: 110 penduduk Kampung Muhibbah Pemindahan hadir Jamuan Tahun Baharu, Mesyuarat Agung JKKK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.