Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Rezeki bulan Ramadan
  • TEMPATAN

Rezeki bulan Ramadan

Utusan Sarawak 4 years ago
IKAN PALO… Osman berjaya memancing dua ekor ikan palo, baru-baru ini.

SARIKEI: ‘Rezeki tidak pernah salah alamat’ ia ungkapan yang cukup tepat kepada seorang nelayan pada bulan Ramadan yang lalu.

Bulan Ramadan menjadi bulan rezeki untuk Osman Jalaini, 46, apabila memperoleh sekitar RM20,000 hasil penjualan limpa ikan terusan dan ikan palo.

Osman berkata, beliau berasa sangat bersyukur dengan rezeki yang diperolehi.

“Memandangkan warung saya masih ditutup operasi, saya turun ke sungai dan laut menangkap ikan.

“Selepas memasang pukat ikan, saya memancing sementara menunggu masa untuk pukat ditarik ke dalam perahu,” katanya.

Osman berkata demikian ketika dihubungi Utusan Sarawak, pagi semalam.

Ketika dihubungi Utusan Sarawak, beliau baru balik memancing dan memperoleh beberapa ekor ikan terusan.

“Waktu saya turun ke sungai menangkap ikan pada waktu pagi dan waktu malam.

“Waktu pagi ikan terusan susah nak ditangkap, hanya bila malam menjelang, ikan terusan mula memakan umpan pancing,” ujarnya.

Tambahnya, tiada erti penat lelah dalam mencari rezeki.

Baru-baru ini, Osman turut berjaya menangkap dua ekor ikan palo dan ikan pari harimau.

“Demi menambah rezeki kami sekeluarga masa ini, saya turun ke sungai dan laut menangkap ikan.

“Limpa ikan terusan dan ikan palo yang telah saya keringkan dijual untuk menambah pendapatan keluarga,” katanya lagi.

Oleh EARL ANEK

Continue Reading

Previous: Siapakah James Brooke?
Next: Pekan Marudi ‘tenggelam’ semalam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.