Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Rezeki berganda bagi pengusaha kek – Cake Tageh
  • STAIL

Rezeki berganda bagi pengusaha kek – Cake Tageh

Utusan Sarawak 2 years ago

Pemilik Cake Tageh, Nur Liyana Adam, 29, berkata, Aidilfitri tahun ini dia menyasarkan keuntungan sekitar RM20,000.

KUCHING: Hari Raya yang bakal disambut tidak lama lagi memberikan rezeki berganda kepada pengusaha kek.

Antaranya, Pemilik Cake Tageh, Nur Liyana Adam, 29, berkata, Aidilfitri tahun ini dia menyasarkan keuntungan sekitar RM20,000.

Kedainya di Kampung Lintang Jalan Astana di sini menawarkan pelbagai jualan kek yang bukan hanya tertumpu kepada satu jenis kek sahaja.

“Walaupun saya menawarkan pelbagai jenis kek, yang paling mendapat sambutan sekali adalah kek lapis, pavlova, brownie dan kek cawan.

“Seperti tahun lepas, untuk biskut sahaja sebanyak 880 botol terjual, dan harganya adalah sekitar RM30 ke RM38 sahaja.

“Tetapi untuk tempahan Hari Raya akan datang, saya telah menerima tempahan bagi kek lapis dan biskut.

Pelbagai jenis kek, yang paling mendapat sambutan sekali adalah kek lapis, pavlova, brownie dan kek cawan.

“Pada tahun ini juga merupakan kali pertama saya membuka tempahan untuk kek lapis, dan kek lapis yang saya buat hanya menggunakan bahan-bahan yang premium,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Ditanya mengenai harga jualan kek, Liyana berkata harga adalah bergantung kepada corak yang diminta pelanggan.

Pelbagai jenis biskut yang dihasilkan oleh pemilik Cake Tageh, Nur Liyana Adam, 29, sempena menjelangnya Aidilfitri tahun ini.

Katanya, perniagaan yang diusahakannya sejak 2010 dibantu oleh suami dan rakan-rakan.

“Dalam pada itu juga, saya turut menggunakan medium media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk promosi dan mengambil tempahan secara dalam talian,” katanya.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: Pertandingan 3M uji penguasaan pelajar PLF
Next: Chai Kian Jiew bina kerjaya baharu dengan tanaman nanas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.