Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Rexy mahu gandingan baharu bukan sekadar cuba nasib, fokus misi layak ke LA28
  • SUKAN

Rexy mahu gandingan baharu bukan sekadar cuba nasib, fokus misi layak ke LA28

Utusan Sarawak 3 hours ago
REXY Mainaky mahu gandingan baharu beregu lelaki fokus misi layak ke LA28.

KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky mahu semua gandingan beregu lelaki negara yang dibentuk menerusi rombakan terbaharu mempunyai matlamat jelas, termasuk memburu kelayakan ke Sukan Olimpik 2028 (LA28) di Los Angeles.

Beliau berkata setiap pasangan baharu, termasuk gandingan Aaron Chia-Aaron Tai wajar dikekalkan sekiranya mampu mempamerkan prestasi konsisten dan mencapai sasaran yang ditetapkan.

Rexy berkata pecah gandingan bukan dilakukan secara cuba-cuba, sebaliknya sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk membentuk gandingan yang berpotensi layak serta bersaing pada Sukan Olimpik.

“Berhubung rombakan ini, mungkin lebih sesuai ditanya kepada Herry (Iman Pierngadi). Namun bagi saya, kami mahu melihat gandingan seperti Aaron Chia-Aaron Tai meletakkan sasaran ke arah Sukan Olimpik.

“Katakan mereka berjaya memenangi kejohanan seperti Terbuka China dan terus menunjukkan prestasi konsisten sebagaimana Koo Kien Keat-Tan Boon Heong suatu ketika dahulu, maka gandingan itu perlu dikekalkan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara di ABM, Bukit Kiara hari ini.

Sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan beberapa gandingan baharu bagi menghadapi Terbuka China, Taiwan dan Korea membabitkan Aaron Chia-Aaron Tai, Man Wei Chong-Soh Wooi Yik, Tee Kai Wun-Yap Roy King serta Arif Junaidi-Kang Khai Xing.

Rexy berkata pemain perlu memiliki mentaliti juara dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang perubahan pasangan demi kepentingan pasukan serta usaha memburu pingat emas Sukan Olimpik pertama negara.

“Itulah yang saya tekankan kepada pemain. Mereka perlu mempunyai mentaliti juara, tidak kira sama ada gandingan itu dikekalkan atau dirombak.

“Apabila diberikan pasangan yang lebih muda, mereka sepatutnya mempunyai keinginan dan melihatnya sebagai cabaran untuk memburu pingat emas,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: FIFA: Tiada bukti pelanggaran Kod Tatatertib dalam kontroversi isyarat tangan pengadil
Next: Neymar jalani ujian perubatan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.