Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Revolusi Minda: Belia diperkasa hadapi dunia penuh cabaran
  • TEMPATAN

Revolusi Minda: Belia diperkasa hadapi dunia penuh cabaran

Utusan Sarawak 3 days ago
TAHNIAH… Pengarah Warta Niaga, Sharkawi Bohari (dua dari kiri) dan Penasihat Eksekutif Editorial Utusan Sarawak, Kadir Dikoh(dua dari kanan) dan Raduan Serap (kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta. Foto Shahrul Qaizat

KUCHING: Program Membina Belia Pencetus Perubahan dan Revolusi Minda anjuran Utusan Sarawak yang berlangsung selama dua hari di Hotel Samudra melabuhkan tirainya hari ini dengan penekanan terhadap aspek kerjaya, perbincangan minda terbuka dan pengisian kerohanian.

Hari kedua dimulakan dengan slot bertajuk Belia dan Kerjaya yang dikendalikan oleh Raduan Serap, selaku pengerusi pengelola, memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan membina hala tuju kerjaya sejak awal serta kemahiran yang perlu ditingkatkan bagi menghadapi cabaran pasaran kerja semasa.

TAHNIAH… Pengarah Warta Niaga, Sharkawi Bohari (dua dari kiri) dan Penasihat Eksekutif Editorial Utusan Sarawak, Kadir Dikoh(dua dari kanan) dan Raduan Serap (kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta. Foto Shahrul Qaizat

Sesi diteruskan dengan perbincangan meja bulat dalam kumpulan kumpulan di mana para peserta diberi ruang membincangkan isu-isu belia termasuklah kepimpinan, ekonomi, politik dan tanggungjawab sosial yang dibentangkan pada hari pertama program.

Majlis penutupan rasmi diadakan pada tengah hari, dihadiri oleh urusetia serta para penceramah yang menyampaikan amanat akhir agar para belia terus menjadi agen perubahan positif kepada masyarakat.

TAHNIAH… Pengarah Warta Niaga, Sharkawi Bohari (dua dari kiri) dan Penasihat Eksekutif Editorial Utusan Sarawak, Kadir Dikoh(dua dari kanan) dan Raduan Serap (kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta. Foto Shahrul Qaizat

Bagi melengkapkan pengisian program, peserta turut disediakan dengan ceramah agama pada sebelah malam yang disampaikan oleh Ustaz Yahya Bakri, menekankan kepentingan nilai spiritual dan moral dalam mendepani cabaran kehidupan moden.

Program selama dua hari itu turut menyaksikan perkongsian ilmu daripada tokoh akademik seperti Dr Noratikah Mohamad Ashari, Dr Shantrol Abdullah, Prof Madya Lucy Sebli serta tokoh dunia kewartawanan, Kadir Dikoh yang mengupas tanggungjawab belia terhadap media sosial dan media cetak.

TAHNIAH… Pengarah Warta Niaga, Sharkawi Bohari (dua dari kiri) dan Penasihat Eksekutif Editorial Utusan Sarawak, Kadir Dikoh(dua dari kanan) dan Raduan Serap (kiri) menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta. Foto Shahrul Qaizat

Tamatnya program ini, para belia yang hadir bukan sahaja mendapat ilmu pengetahuan daripada pakar serta pemimpin masyarakat tetapi turut diberi peluang memperkukuhkan jati diri serta memperluas jaringan kerjasama sesama mereka.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak tinjau projek naik taraf SK Abang Aing di Simanggang
Next: Sembilan kelab permotoran sertai Kembara 169 sempena Hari Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.