Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Residen Mukah santuni petugas, keluarga mangsa di pusat operasi Tanjung Manis
  • KEMALANGAN

Residen Mukah santuni petugas, keluarga mangsa di pusat operasi Tanjung Manis

Utusan Sarawak 4 months ago

AMBIL BERAT... Datu Kueh Lei Poh ketika lawatannya ke Jeti Terminal Awam Tanjung Manis iaitu tapak operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 65 tahun yang dilaporkan terjatuh dari kapal di kawasan Muara Rajang, Tanjung Manis.

TANJUNG MANIS: Residen Mukah, Datu Kueh Lei Poh, hari ini, melawat Pusat Kawalan Operasi (PKO) mencari dan menyelamat  (Carilamat) warga emas berusia 65 tahun yang dilaporkan terjatuh dari kapal di kawasan Muara Rajang, Tanjung Manis. 

Dalam lawatannya ke PKO di Jeti Terminal Awam Tanjung Manis itu, beliau diberikan taklimat berkenaan kemajuan terkini operasi Carilamat tersebut. 

Pegawai Media Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika dihubungi hari ini, memaklumkan bahawa tiada sebarang petunjuk ditemui berhubung keberadaan mangsa, Mustafpa Abdullah @ Moses  Mleng.  

Menurut laporan awal daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mangsa dilaporkan jatuh dari kapal tunda Danum 126 yang sedang menunda tongkang membawa muatan simen kira-kira lima batu nautika dari muara Tanjung Manis pada 1 Januari. 

Mangsa kali terakhir dilihat tidak berbaju dan memakai seluar pendek hitam.  

Operasi yang dimulakan sejak hari kejadian melibatkan pelbagai agensi termasuk APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).  

Setakat ini, beberapa aset seperti bot penyelamat dan bot peronda telah digunakan untuk pencarian, namun masih tiada penemuan dilaporkan.

Operasi meliputi kawasan sektor yang ditentukan dengan bantuan anggota keluarga mangsa yang turut serta dalam usaha pencarian.  

Hari kedua operasi (Khamis), menyaksikan semua pasukan bergerak ke lokasi pencarian sejak awal pagi. 

Antara kapal yang terlibat termasuk SC Burung, Bot Pengawal 22 APMM, Bot Perkasa 25, dan PSC PDRM. 

Namun, sehingga kini kesemua pasukan melaporkan tiada tanda-tanda mangsa ditemui.  

Menurut Komander Operasi JBPM, PBT II Bangga Baie, cabaran utama dalam operasi ini adalah arus deras dan kawasan perairan yang luas. 

Selain itu, faktor cuaca turut memainkan peranan penting dalam keberkesanan usaha pencarian. 

Continue Reading

Previous: Dua pekerja maut dihempap kepingan kaca
Next: Dah 3 hari berlalu, mangsa jatuh ke laut belum ditemukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.