Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Residen Bahagian Sibu tinjau mangsa banjir di PPS Kampung Jeriah
  • Tengah
  • WILAYAH

Residen Bahagian Sibu tinjau mangsa banjir di PPS Kampung Jeriah

Utusan Sarawak 18 hours ago
TURUN PADANG….Mohamad Porkan ketika mengadakan lawatan ke PPS Kampung Jeriah, hari ini.

SIBU: Residen Bahagian Sibu, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Jeriah, hari ini.

Lawatan itu adalah bagi meninjau keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan tersebut.

Dalam lawatan ini, Mohamad Porkan turut berinteraksi dengan mangsa dan petugas, serta menekankan kepentingan kesediaan dan koordinasi pihak berkuasa tempatan dalam menghadapi situasi banjir.

PPS di Dewan Kampung Jeriah, telah dibuka berkuatkuasa 9.30 pagi tadi.

Pembukaan PPS ini adalah susulan situasi semasa melibatkan kawasan terjejas dan bertujuan memastikan keselamatan serta kebajikan penduduk yang terlibat sentiasa terpelihara.

Setakat ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sibu telah melaksanakan pemindahan satu Ketua Isi Rumah (1 KIR) enam mangsa banjir ke PPS di Dewan Kampung Jeriah.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Tabung Baitulmal Sarawak ceriakan Program Kembali ke Sekolah anak asnaf di Lawas
Next: Banjir berulang sejak 2001, 48 Ketua Isi Rumah terjejas di Taman Duranda Emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.