Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Representasi ditolak, bicara kes Inspektor Sheila bermula 1 Disember ini
  • NASIONAL

Representasi ditolak, bicara kes Inspektor Sheila bermula 1 Disember ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
Inspektor Sheila. Foto Bernama.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan dua hari bermula 1 Disember ini sebagai tarikh perbicaraan kes seorang pegawai polis dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ yang didakwa menghalang tugas anggota polis di hadapan sebuah restoran, November tahun lepas.

Majistret Aina Azahra Arifin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi yang dikemukakan Inspektor Sheila atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 38, ditolak oleh Jabatan Peguam Negara.

“Perbicaraan penuh ditetapkan selama dua hari pada 1 dan 2 Disember depan,” kata Aina Azahra.

Wanita itu didakwa telah dengan sengaja menghalang pegawai polis, iaitu Lans Koperal Malvinderjit Singh Teerath Singh, 37, daripada menjalankan tugasnya meronda cegah jenayah di hadapan sebuah restoran di Jalan Sultan Azlan Shah, Dang Wangi di sini, antara 8.15 hingga 8.30 malam, 4 November tahun lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Pada prosiding hari ini, Sheila Sharon diwakili peguam M. Manoharan.

Dalam kejadian 4 November tahun lepas, wanita berkenaan telah menuduh anggota bertugas tidak mengetahui undang-undang dan memperlekeh tindakan pihak polis, selain mendakwa anggota polis berkenaan mengugut seorang warga Pakistan yang menunggang motosikal.

Inspektor Sheila telah digantung tugas sejak 23 Jun 2023, susulan beberapa kes antaranya menghina seorang anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Isu kenaikan harga barang jejas peniaga kecil dibawa ke Kabinet Rabu ini – PM Anwar
Next: Jemaah haji diingatkan patuhi saranan pegawai kesihatan di Tanah Suci – Zulkifli

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.