Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Renung makna sebenar sambutan Hari Gawai
  • TEMPATAN

Renung makna sebenar sambutan Hari Gawai

Utusan Sarawak 11 hours ago
AHLI Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie pada Majlis Perasmian Rumah JKKK serta biro dan sambutan Pra Gawai 2025 bertempat di Rumah Mathew Sungai Tandok, Undop dekat sini semalam. Foto: Adi Safarman

SRI AMAN: Sambutan Gawai Dayak bukan sekadar untuk berkumpul dan bersuka ria, tetapi juga masa untuk merenung makna sebenar perayaan Hari Gawai serta sejarah berkaitan dengannya. 

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie berkata meraikan perayaan Hari Gawai secara sederhana kerana pembelian berlebihan terutamanya minuman beralkohol, bukan sahaja membazir tetapi boleh memudaratkan kesihatan.

“Segelintir masyarakat merasakan bahawa sambutan Hari Gawai adalah perayaan hanya untuk bersuka ria dengan berkaraoke, menyanyi, menari dan minum. Ia sebenarnya lebih daripada itu.

“Hari Gawai yang jatuh pada setiap 1 dan 2 Jun menandakan berakhirnya musim menuai dengan memberi penghormatan kepada mereka yang menanam padi memberi tanda kesyukuran atas rezeki serta nasib sepanjang tahun dikurniakan Tuhan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Rumah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta biro dan sambutan Pra Gawai 2025 bertempat di Rumah Mathew Sungai Tandok, Undop dekat sini semalam.

AHLI Parlimen Sri Aman, Dato Sri Doris Sophia Brodie pada Majlis Perasmian Rumah JKKK serta biro dan sambutan Pra Gawai 2025 bertempat di Rumah Mathew Sungai Tandok, Undop dekat sini semalam. Foto: Adi Safarman

Doris berkata sambutan Hari Gawai adalah waktu untuk kita melahirkan rasa syukur atas hasil tuaian yang melimpah, serta memanjatkan doa agar tahun hadapan akan lebih makmur dan sejahtera. 

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua tuai rumah di kawasan itu untuk bersikap proaktif, aktif dan tekun dalam menjalankan peranan sebagai tuai rumah. 

“Anda adalah pemimpin, maka wajib untuk seorang pemimpin menjalankan tanggungjawab itu dengan baik dan saksama, jadilah teladan yang berwibawa,” ujarnya.

Rumah JKKK dan biro yang menelan kos sebanyak RM70,000 tersebut dibina menggunakan dana daripada peruntukan Mesra Rakyat Ahli Parlimen Sri Aman dan telah dilaksanakan secara gotong-royong oleh penduduk Rumah Mathew.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tradisi Bak Chang kukuh perpaduan komuniti pelbagai kaum
Next: 10 finalis Mrs Tasik Biru 2025 mara ke peringkat akhir, Shinia James menang Gaun Petang Terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.