Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Rentas negeri tidak termasuk pengurangan SOP
  • NASIONAL

Rentas negeri tidak termasuk pengurangan SOP

Utusan Sarawak 4 years ago
MENTERI Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin melawat proses vaksinasi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn (SMK DTHO), Kem Kementah ketika Program Vaksinasi COVID-19 “Back To School” bagi pelajar berumur 12 hingga 17 tahun kerjasama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut hadir, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Dr. Zulkeffeli Mat Jusoh (kanan). • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kebenaran merentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishammuddin berkata, keputusan berkaitan kebenaran merentas negeri perlu diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Rentas negeri ada kaitan dengan fasa-fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) negeri-negeri yang berkenaan.

“Tapi syor datang daripada menteri bertanggungawab untuk sektor tertentu dan kemudian dipertimbangkan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pandemik, serta dalam Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau Program Vaksinasi ‘Back To School’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn di sini semalam. Turut hadir Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.

Pada 14 September, Hishammuddin mengumumkan kerajaan kini di peringkat akhir untuk mengurangkan SOP PPN hanya kepada 10 SOP berbanding 181 sekarang, bagi memudahkan orang ramai untuk memahaminya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata Mesyuarat Kedua Menteri Kuartet Covid-19 yang melibatkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa; Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selain beliau sendiri, diadakan hari ini (21 September).

“Mesyuarat akan memberi fokus terhadap usaha mempermudahkan 181 SOP kepada 10 SOP, selain memberi tumpuan terhadap naratif menjelang fasa endemik yang bermula hujung Oktober ini,” katanya.

Katanya, mesyuarat hari ini juga telah menjemput Menteri Pelancongan Datuk Seri Nancy Shukri, bagi memberi taklimat mengenai status terkini projek perintis gelembung pelancongan Langkawi dan potensi gelembung pelancongan yang lain.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga akan hadir esok, bagi menerangkan tentang potensi kelonggaran-kelonggaran lain dalam sektor sukan.

Hishammuddin berkata, pada minggu hadapan Radzi pula dijadual memberi taklimat kepada Menteri Kuartet mengenai vaksinasi dalam kalangan pelajar, serta perkembangan terkini menjelang pembukaan sekolah secara berperingkat mulai 3 Oktober depan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bekalan vaksin dos ketiga, PICK Remaja mencukupi
Next: RM593 juta dibelanja rawat Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.