Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Remaja, warga emas antara ditahan
  • TEMPATAN

Remaja, warga emas antara ditahan

Utusan Sarawak 5 years ago
DIRAMPAS… Polis merampas beberapa ekor ayam hidup yang digunakan untuk aktiviti sabung ayam semasa menjalankan OP Dadu Sabtu lalu di Jalan Fairy Cave Bau

BAU: Seorang remaja dan warga emas ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti sabung ayam ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kebun di Jalan Fairy Cave Bau, pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, remaja tersebut yang berumur 16 tahun dan warga emas yang berusia 73 tahun itu adalah antara enam individu lelaki yang diberkas dalam OP Dadu yang dijalankan oleh pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau.

“Dalam satu serbuan yang dijalankan sekitar 11.00 pagi di kawasan lapang dalam sebuah kebun di Jalan Fairy Cave, Bau, enam lelaki tempatan ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti sabung ayam.

“Tangkapan ini dilakukan di bawah Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962 dan Peraturan 3 Peraturan-peraturan pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah dan di dalam kawasan tempat jangkitan)(No.6)2020, ” katanya.

Menurut Poge, pihak polis turut merampas enam ekor ayam hidup, bangkai dua ayam, satu unit alat penimbang dan satu taji ayam.

Katanya, semua suspek yang ditahan bagaimanapun tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Keenam-enam suspek yang ditahan di bawah Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962 boleh dikenakan hukuman denda RM1,000 atau tiga bulan penjara jika sabit kesalahan, tegasnya.

Tambah beliau, bagi kesalahan melanggar perintah PKPB pula, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebih enam bulan atau kedua-duanya jika disabitkan.

Continue Reading

Previous: Pemandu lori terperangkap, kelindan selamat
Next: Balai Bomba Batu Niah sudah beroperasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.