Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja perlu pendidikan seks untuk elak risiko sosial – Wong Soon Koh
  • Tengah
  • WILAYAH

Remaja perlu pendidikan seks untuk elak risiko sosial – Wong Soon Koh

Utusan Sarawak 1 day ago
SIMBOLIK… Wong Soon Koh ketika melakukan simbolik penyerahan Jalur Gemilang pada Bengkel Pendidikan Seks sempena program Jiwa@Komuniti Madani Hari Kebangsaan Hari Malaysia Komuniti Madani Norkiah, Sibu 2025 di Dewan Serbaguna SMK Sungai Merah semalam.

SIBU: Pendidikan seks penting untuk membantu remaja menghormati diri dan orang lain serta membuat pilihan bijak demi masa depan, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan, Dato Sri Wong Soon Koh.

Beliau berkata, walaupun topik itu dianggap sensitif oleh sesetengah pihak, ia amat perlu khususnya kepada pelajar sekolah menengah yang sedang melalui proses membesar.

“Ingat tiga perkara mudah ini. Pertama, tubuh anda adalah hak anda, maka sentiasa hormati diri sendiri. Kedua, hormati orang lain dalam kata-kata, tindakan dan hubungan. Ketiga, fikir sebelum bertindak kerana perkara ini sangat penting,” katanya.

RAKAM KENANGAN…. Dato Sri Wong Soon Koh bergambar bersama yang lain pada program Jiwa@Komuniti Madani Hari Kebangsaan Hari Malaysia Komuniti Madani Norkiah, Sibu 2025 di Dewan Serbaguna SMK Sungai Merah semalam.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Pendidikan Seks sempena program Jiwa@Komuniti Madani Hari Kebangsaan Hari Malaysia Komuniti Madani Norkiah, Sibu 2025 di Dewan Serbaguna SMK Sungai Merah di sini, semalam (12 Ogos).

Sehubungan itu, Soon Koh mengingatkan pelajar supaya membuat keputusan yang betul sebelum mengambil tindakan kerana kehidupan akan menguji mereka dengan pelbagai cabaran dan godaan.

Katanya, ilmu yang diperoleh daripada bengkel itu perlu digunakan sepenuhnya untuk menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan diri, selain dikongsi dengan orang lain.

Dalam ucapannya, Soon Koh turut menyeru generasi muda menghayati tiga tarikh penting negara iaitu Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, Hari Malaysia pada 16 September dan Hari Sarawak pada 22 Julai sebagai simbol perjuangan, pengorbanan dan perpaduan.

Program itu turut diserikan dengan penyerahan Jalur Gemilang, kempen kibar Jalur Gemilang serta ceramah oleh Jabatan Kesihatan Sibu, Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu dan Pusat Penjara Sibu.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pesta Pulau Bruit 2025 platform promosi budaya, produk tempatan dan pelancongan
Next: Ular sembunyi di bawah kayu pallet berjaya ditangkap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.