Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja perempuan jatuh tebing sungai berjaya diselamatkan
  • Tengah
  • WILAYAH

Remaja perempuan jatuh tebing sungai berjaya diselamatkan

Utusan Sarawak 2 days ago
PASUKAN BOMBA….Menyelamatkan seorang remaja perempuan jatuh sungai di tebingan salah sebuah hotel di Lorong Lanang, awal pagi tadi. -Foto JBPM Zon Sibu

SIBU: Tindakan pantas pasukan bomba berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan yang terjatuh ke tebing sungai di tebingan salah sebuah hotel di Lorong Lanang, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.28 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan khidmat khas orang jatuh sungai.

“Sampai di lokasi memang benar ada seorang mangsa perempuan jatuh dan masih berada di tebing sungai di lokasi yang dilaporkan,” katanya menerusi kenyataan, sebentar tadi.

Katanya, komander operasi membuat size up dan terus bertindak mengarah anggota membuat penyelamatan dengan menggunakan tali dan mengarah seorang anggota turun untuk menyelamat mangsa dengan menggunakan body harness.

“Mangsa berjaya dibawa naik dan diserah kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Keadaan mangsa adalah selamat dan tiada kecederaan dan operasi tamat pada 3.55 pagi,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program JIWA@Komuniti MADANI Pra-Gawai perkukuh kerjasama antara komuniti, jabatan
Next: APM berjaya tangkap ular bersembunyi dalam dinding rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.