Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja perempuan dilaporkan hilang di Tebedu, polis mohon bantuan orang ramai
  • Selatan
  • WILAYAH

Remaja perempuan dilaporkan hilang di Tebedu, polis mohon bantuan orang ramai

Utusan Sarawak 5 hours ago
REMAJA perempuan yang dilaporkan hilang.

SERIAN: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dilaporkan hilang di Kampung Tema Saan, Tebedu.

Ketua Polis Daerah Serian, Superintendan Freddy Bian Stanislaus Bian, berkata laporan berhubung kehilangan mangsa diterima Balai Polis Tebedu kira-kira 3.28 petang semalam daripada bapa remaja terbabit.

“Pengadu yang merupakan lelaki tempatan memaklumkan anak perempuannya hilang dari alamat di Kampung Tema Saan, Tebedu.

“Mangsa kali terakhir dilihat memakai pakaian seragam sekolah dan membawa beg sekolah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, usaha mengesan mangsa telah dijalankan di kawasan berhampiran, namun sehingga kini remaja itu masih belum ditemui.

“Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang,” tambahnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di talian 082-874201 atau pegawai penyiasat kes, Insp Nur Munirah Pardanah, di talian 010-3604245.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PPDK landasan perkasa potensi anak istimewa, bina keyakinan diri
Next: Zulkipli ke IPK Sarawak, indeks jenayah Sibu turun 36.4 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.