Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja perempuan 18 tahun dilaporkan hilang di Padawan
  • Selatan
  • WILAYAH

Remaja perempuan 18 tahun dilaporkan hilang di Padawan

Utusan Sarawak 2 hours ago
ORANG ramai diminta membantu mengesan Nursofea Jamari, 18 tahun, yang dilaporkan hilang di Padawan.

PADAWAN:  Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kampung Temenggong, Jalan Matang Telaga Air, di sini, pada 8 April lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata, mangsa dikenali sebagai Nursofea Jamari.

“Remaja berkenaan kali terakhir dilihat kira-kira 12.01 tengah malam dengan memakai baju-T lengan panjang berwarna coklat dan seluar jean panjang berwarna hitam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, laporan berhubung kehilangan mangsa telah dibuat di Balai Polis Batu Kawa pada sekitar 4.55 petang, semalam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Polis Batu Kawa, Sjn Yusman Jemain di talian 019-8866740 atau Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233, atau mana-mana balai polis berdekatan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: RM11.5 juta pacu pembangunan Kampung Sessang sejak 2018
Next: Polis Bau jalankan operasi bersepadu pencegahan jenayah dan penguatkuasaan trafik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.