Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja perempuan 15 tahun hilang di Mukah, polis mohon bantuan orang ramai
  • Tengah
  • WILAYAH

Remaja perempuan 15 tahun hilang di Mukah, polis mohon bantuan orang ramai

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, remaja berkenaan, Angel Daina, 15 tahun dilaporkan hilang semalam.

Menurutnya, kehilangan remaja berbangsa Melanau itu disedari oleh ibunya kira-kira 5.00 pagi selepas mendapati mangsa tiada di dalam biliknya di kediaman mereka di Jalan Tiong Hua, di sini.

“Usaha mencari telah dijalankan di kawasan sekitar rumah, namun mangsa masih belum ditemui. Telefon bimbit mangsa juga tidak dapat dihubungi,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kali terakhir mangsa dilihat memakai baju T-shirt lengan pendek berwarna merah jambu dan seluar panjang berwarna hitam.

“Mangsa mempunyai ciri fizikal berbadan kurus, berketinggian kira-kira 155 sentimeter, berkulit cerah, bermuka bujur serta berambut panjang melepasi bahu,” jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan mangsa diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Nyantung Libau di talian 012-8800945 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: DUN Pelawan bantu pasangan muda pulang kampung selepas terkandas di Pasar Sentral
Next: Pegawai Pertanian Miri bertukar tugas, jawatan diambil alih pegawai baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.