Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja perempuan 14 tahun dilaporkan hilang di Ladang Sarimas 1
  • Utara
  • WILAYAH

Remaja perempuan 14 tahun dilaporkan hilang di Ladang Sarimas 1

Utusan Sarawak 9 hours ago

NURHAYATI Abdullah dilaporkan hilang 9 Mac lalu. 

MIRI: Polis memaklumkan kehilangan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di rumah pekerja di Ladang Sarimas 1, Jalan Miri–Bintulu pada 9 Mac lalu.

Menurut Polis Daerah Miri menerusi hantaran di laman Facebook, remaja berkenaan dikenali sebagai Nurhayati Abdullah dan kali terakhir dilihat kira-kira 3.00 petang di rumah pekerja tersebut. Remaja itu dilaporkan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Antara ciri-ciri fizikal mangsa ialah berbadan gempal, berketinggian kira-kira 170 sentimeter, anggaran berat 90 kilogram, berkulit kuning langsat dan berambut hitam paras bahu,” menurut hantaran itu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan  Nikol  Losa di  talian 016-8864072 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di talian 085-432533.

Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu mengesan remaja berkenaan.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rakyat Saribas digesa terus sokong kepimpinan Premier Sarawak, kerajaan GPS
Next: TBS kutip RM155 juta zakat bagi 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.