Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Remaja maut dalam kemalangan
  • KEMALANGAN

Remaja maut dalam kemalangan

Utusan Sarawak 18 hours ago
MOTOSIKAL mangsa yang terlibat dalam kemalangan.

PETRA JAYA: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dalam satu kemalangan, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata kejadian berlaku kira-kira 1.30 pagi di Jalan Tun Haji Abdul Rahman Yaakub, di sini.

Menurutnya, mangsa dalam perjalanan dari arah bulatan Samariang menuju ke bulatan SESCO sebelum dipercayai gagal mengawal motosikal terbabit.

“Mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Beliau turut menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan bersama.

Oleh Connie Chieng

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tiga kanak-kanak cedera dalam nahas dua kereta di Jalan Sultan Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.