Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Remaja maut, 7 cedera ringan dalam kemalangan empat kenderaan
  • KEMALANGAN

Remaja maut, 7 cedera ringan dalam kemalangan empat kenderaan

Utusan Sarawak 4 hours ago

OPERASI menyelamat mangsa yang terlibat dengan kemalangan di Jalan Samarahan Road By Pass Stutong Baru.

KOTA SAMARAHAN: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut manakala tujuh lagi mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Samarahan Road By Pass, Stutong Baru, pagi tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku sekitar 9.24 pagi, melibatkan dua motosikal serta dua kereta iaitu Perodua Alza dan Toyota Avanza yang dipercayai datang dari arah bertentangan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samarahan mengerahkan tujuh anggota ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

Komander Operasi, Lydia Mohammad Sarkawi, memaklumkan, kejadian tersebut melibatkan lapan mangsa secara keseluruhan.

“Mangsa yang maut merupakan penunggang motosikal, dan mayatnya telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

OPERASI menyelamat mangsa yang terlibat dengan kemalangan di Jalan Samarahan Road By Pass Stutong Baru.

Tujuh mangsa lain terdiri daripada lima lelaki dewasa dan dua perempuan dewasa, hanya mengalami kecederaan ringan.

Pasukan Bomba turut menjalankan kerja penyelamatan termasuk mengeluarkan seorang mangsa warga emas yang terperangkap dalam Toyota Avanza.

“Mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan seterusnya diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut,” tambahnya.

Operasi turut merangkumi kerja pembersihan serpihan kemalangan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya. Turut serta dalam operasi ialah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM.

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki tersepit kereta bertembung lori di Jalan Sungai Tapang
Next: Lelaki maut tersepit dalam mesin pengisar batu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.