
PETRA JAYA: Remaja lelaki yang sebelum ini dilaporkan dikhuatiri lemas di Kampung Kolong Sungai Tengah ditemui meninggal dunia oleh orang awam hari ini, sekali gus menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga.
Makluman awal di lokasi memaklumkan jasad mangsa terus dibawa ke Hospital Umum Sarawak.
Mangsa, Fahrell Zaquan Hasbullah, 16, sebelum ini dilaporkan terjatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras ketika bermain di tebing sungai pada petang Jumaat lalu.

Operasi SAR dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak bersama agensi berkaitan sejak hari pertama kejadian dilaporkan.
Setakat ini, butiran lanjut berhubung masa dan lokasi penemuan masih menunggu kenyataan rasmi pihak berkuasa.
Oleh Shikin Mahmud