Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Remaja ditahan susulan laporan kelakuan mencurigakan
  • JENAYAH

Remaja ditahan susulan laporan kelakuan mencurigakan

Utusan Sarawak 17 hours ago
SUSPEK ditahan kerana cubaan mencuri.

PETRA JAYA: Seorang remaja lelaki berusia 20-an ditahan di tepi jalan Lorong Layang-Layang, Jalan Astana di sini sekitar 10.30 pagi semalam, selepas penduduk berhampiran melaporkan kelakuannya yang mencurigakan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata polis merampas sebilah parang sepanjang 50 sentimeter tanpa pemegang, sepasang sarung tangan Ingco hitam dan kuning, serta sebatang besi biru sepanjang tujuh setengah kaki yang dipercayai digunakan untuk mencuri barangan dari sebuah pondok berhampiran.

SENJATA berbahaya dan peralatan digunakan untuk mencuri telah dirampas.

“Ujian air kencing menunjukkan suspek positif methamphetamine,” katanya.

Alexson menggesa orang ramai agar terus memberikan maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah atau individu mencurigakan dengan menghubungi Pusat Kawalan Polis Daerah Kuching di talian 082-244444 atau melaporkannya terus ke balai polis terdekat.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 102 PATI ditahan dalam Ops Gegar dan Ops Sapu imigresen
Next: Lelaki ditahan dalam operasi dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.