Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Remaja dicekup dalam Operasi Samseng Jalanan di Miri
  • JENAYAH

Remaja dicekup dalam Operasi Samseng Jalanan di Miri

Utusan Sarawak 15 hours ago
PERIKSA… Anggota polis memeriksa pengguna jalan raya  dalam Operasi Samseng Jalanan di MIRI. Foto IPD Miri

MlRI: Tindakan remaja lelaki berusia 17 tahun  menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan membawa padah apabila dicekup polis dalam Operasi Samseng Jalanan di beberapa lokasi  di Miri.

Operasi yang bermula 11.00 malam hingga 3.00 pagi hari ini dijalankan di sepanjang Jalan Banda Raya Miri, Marina Utama, Jalan Miri-Bypass, Jalan Tanjung Lobang, Jalan Tudan, Jalan Permyjaya dan Jalan Canada Hill.

Ketua Polis Daerah,  ACP Mohd Farhan Lee Abdullah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi berkata, lelaki tersebut  ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sepanjang operasi ini juga, seramai 23 individu diperiksa dan pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun dalam keadaan mencurigakan. 

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui satu paket tiub lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis Methamphetamine. 

“Individu tersebut ditahan dan diserahkan kepada pihak Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Miri,” katanya.

Mohd berkata, operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah memeriksa sebanyak 20 kenderaan  dan daripada jumlah tersebut sebanyak 10 motosikal telah dirampas di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Motosikal tersebut didapati telah diubah suai daripada struktur asal dan juga untuk pemeriksaan selanjutnya,” katanya.

Menurut Farhan operasi tersebut bertujuan membanteras aktiviti samseng jalanan agar pengguna mematuhi undang-undang serta peraturan jalan raya.

“Operasi  ini  akan sentiasa dijalankan secara berterusan dari semasa ke semasa.

“Penunggang motosikal dinasihatkan agar sentiasa berhemah, berhati-hati, tidak terlibat dalam aktiviti samseng jalanan serta tidak mengubah suai struktur asal kenderaan.

“Mereka juga diminta tidak berkumpul di tepi jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan bunyi bising yang mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Katanya, kecuaian pemandu dan penunggang kenderaan boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Polis menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kegiatan samseng jalanan supaya menghubungi bilik gerakan di talian 085-433400.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Stor bengkel dipecah masuk di Debak, lelaki tempatan ditahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.