Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja cedera jari tertusuk paku rak besi
  • Utara
  • WILAYAH

Remaja cedera jari tertusuk paku rak besi

Utusan Sarawak 12 hours ago
SEORANG pekerja kedai serbaneka berusia 19 tahun menahan kesakitan selepas jari kelingking tangan kanannya tertusuk paku pada rak besi dalam kejadian di Kuala Baram, malam tadi.

MIRI: Seorang pekerja kedai serbaneka berusia 19 tahun menahan kesakitan selepas jari kelingking tangan kanannya tertusuk paku pada rak besi dalam kejadian di Kuala Baram, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.32 malam sebelum menggerakkan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) ke lokasi, kira-kira dua kilometer dari balai.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati jari mangsa tertusuk paku pada rak besi. Pasukan bertindak memotong bahagian rak menggunakan peralatan khas sehingga berjaya membebaskan jari mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa kemudian diserahkan kepada petugas ambulans Hospital Miri untuk rawatan lanjut.

Operasi khas itu tamat sepenuhnya pada 8.07 malam.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JTS Samarahan sumbang RM90,000 kepada komuniti, sekolah di Sebuyau
Next: 11,417 hektar tanah NCR Katibas dikenal pasti untuk diukur ikut Akta Kanun Tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.