Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Remaja 17 tahun maut motosikal terbabas di Flyover Jalan Miri Bypass
  • KEMALANGAN

Remaja 17 tahun maut motosikal terbabas di Flyover Jalan Miri Bypass

Utusan Sarawak 5 hours ago
MAUT…Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di Flyover Jalan Miri Bypass awal pagi tadi

MIRI: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas di Flyover Jalan Miri Bypass awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah (KPD) Miri ACP Mohd Farhan Lee Abdullah mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan maut itu yang berlaku sekitar j 5.30 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal dari arah Taman Tunku menuju ke Bandar Baru Miri melalui laluan Miri Bypass.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum motosikalnya terbabas ke kanan jalan dan melanggar pembahagi jalan.

“Remaja berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohd Faizul di talian 014-8582582 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati serta mematuhi peraturan jalan raya, lebih-lebih lagi ketika melalui kawasan berisiko bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera selepas kereta bertembung bas di Jalan Tabuan Jaya
Next: Penunggang motosikal 26 tahun maut dalam kemalangan jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.