Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja 16 tahun dikhuatiri lemas, operasi disambung esok
  • Selatan
  • WILAYAH

Remaja 16 tahun dikhuatiri lemas, operasi disambung esok

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba bersama polis menjalankan operasi mencari seorang remaja yang dikhuatiri lemas di Sungai Tengah, Kuching, sebelum operasi ditangguhkan petang tadi. Foto JBPM

KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Kampung Kolong Sungai Tengah, berhampiran Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Haji Mohamed, di sini, hari ini. 

Mangsa dikenali sebagai Fahrell Zaquan Hasbullah dan setakat ini masih belum ditemui.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.32 petang. 

Komander Operasi, PBK II Asmadi Mohamad Nawei berkata, setibanya di lokasi, pihaknya dimaklumkan bahawa mangsa dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras.

OPERASI mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Kolong, Kuching, diteruskan esok selepas ditangguhkan akibat cuaca gelap.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian dipercayai berlaku sekitar 4.00 petang ketika mangsa sedang bermain bersama seorang rakannya di tebing sungai. Mangsa dilaporkan terjatuh ke dalam air sebelum dihanyutkan arus deras. 

“Difahamkan ketika kejadian, mangsa tidak berbaju dan hanya memakai seluar panjang berwarna putih,” katanya melalui sebuah kenyataan. 

Bagaimanapun, selepas perbincangan bersama pihak polis dan ahli keluarga mangsa, operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada jam 6.43 petang berikutan keadaan yang semakin gelap. Operasi akan disambung semula pada keesokan hari.

Oleh Clarissa Ima

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: KMKK perlu terus jadi jambatan kukuh antara kerajaan, rakyat
Next: Dapur rumah terbakar di Kampung Segedup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.