Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Remaja 16 tahun cedera dilanggar kenderaan pacuan empat roda di hadapan SMK Tung Hua
  • KEMALANGAN

Remaja 16 tahun cedera dilanggar kenderaan pacuan empat roda di hadapan SMK Tung Hua

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEORANG remaja cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda tengahari tadi.

SIBU: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tung Hua, Jalan Abang Haji Openg di sini, tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Boniface Bajai berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan berhubung kemalangan itu sekitar 12.50 tengah hari.

Menurutnya, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dengan seorang pejalan kaki.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa sedang melintas di kawasan lintasan pejalan kaki sebelum dilanggar oleh kenderaan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, katanya satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/56 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta lebih berhati-hati ketika berada di jalan raya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Oleh Tarani Lanting

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki dikhuatiri lemas ditemui meninggal dunia di Sungai Kanowit
Next: Wanita 90 tahun meninggal dunia terperangkap di flat Betong KMC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.