Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja 15 tahun dilapor hilang di Saratok, polis mohon bantuan orang ramai
  • Tengah
  • WILAYAH

Remaja 15 tahun dilapor hilang di Saratok, polis mohon bantuan orang ramai

Utusan Sarawak 6 days ago
HILANG…Muhammad Safiz Haikal Azwa Muhammad Fairuz Lee Abdullah, 15, dilaporkan hilang sejak 17 September lalu. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Polis Saratok sedang mengesan seorang remaja lelaki, Muhammad Safiz Haikal Azwa Muhammad Fairuz Lee Abdullah, 15 tahun, yang dilaporkan hilang sejak 17 September lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja tersebut pada hari ini.

“Remaja terbabit kali terakhir dilihat meninggalkan rumah dengan menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC bernombor pendaftaran QRN 4589,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Safiz yang berketurunan Cina dan beragama Islam mempunyai ketinggian kira-kira 170 sentimeter, berat 63 kilogram serta berkulit cerah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan remaja berkenaan diminta segera menghubungi Sarjan Norrdy Norson di talian 013-3588328.

Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan ke Balai Polis Saratok di talian 083-436102 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membantu usaha polis mengesan remaja ini dengan segera,” jelas beliau.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Anak Sarawak di perantauan digesa pulang, sumbang kepakaran untuk negeri
Next: Isu liputan telekomunikasi Lawas semakin serius, tindakan segera diperlukan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.