Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Remaja 14 tahun dikhuatiri dibaham buaya di Pulau Bruit
  • WILAYAH

Remaja 14 tahun dikhuatiri dibaham buaya di Pulau Bruit

Utusan Sarawak 15 hours ago
GAMBAR hiasan.

DARO: Seorang remaja lelaki dikhuatiri dibaham buaya dalam kejadian di tebing sungai berhampiran Rumah Panjang Jingga, Kelai, Pulau Bruit, di sini petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.43 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daro dikerahkan ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, mangsa dikenali sebagai Agustine Fernando Nyalong, 14, disyaki disambar buaya ketika berada di tebing sungai.

“Kawalan BBP Daro menerima maklumat awal daripada pihak Balai Polis Daro mengenai kejadian seorang budak lelaki yang dipercayai disambar buaya sebelum anggota bomba bergerak ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, setakat 7.00 malam, tiada maklumat lanjut dapat diperoleh berikutan lokasi kejadian yang terpencil serta menghadapi masalah liputan rangkaian dan talian telefon.

Operasi mencari dan menyelamat dijangka diteruskan dengan kerjasama agensi berkaitan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Kabong salur sumbangan kepada agensi, pertubuhan di Saratok
Next: Menjala udang bertukar tragedi, remaja dikhuatiri dibaham buaya belum ditemui

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.