Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Remaja 12 tahun lemas, rakan masih hilang di air terjun
  • KEMALANGAN

Remaja 12 tahun lemas, rakan masih hilang di air terjun

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANGGOTA bomba mengangkat mangsa yang ditemukan lemas di Air Terjun Sungai Plan Lot, Kidurong, ketika SAR dijalankan petang tadi.

BINTULU: Seorang remaja lelaki berusia 12 tahun ditemukan lemas manakala rakannya masih hilang selepas dipercayai tenggelam ketika mandi di Air Terjun Sungai Plan Lot, Kidurong, petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan 3.22 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong digerakkan ke lokasi.

Katanya, tiga remaja terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan berada di kawasan air terjun itu sekitar 2.00 petang sebelum dua daripada mereka, kedua-duanya lelaki, dilaporkan hilang sekitar 2.30 petang.

PASUKAN bomba dan penyelamat berada di lokasi kejadian di Air Terjun Sungai Plan Lot, Kidurong bagi menjalankan operasi SAR selepas dua remaja dilaporkan lemas.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan menggunakan kaedah pencarian di permukaan air melibatkan enam anggota termasuk empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).

Pada jam 5.20 petang, seorang mangsa dikenali sebagai Tristan Mariss Anak Marissa Erna, 12, ditemukan pada jarak kira-kira lima meter dari tebing dengan kedalaman sembilan meter dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Seorang lagi mangsa, Daren Dakun, 13, masih belum ditemui dan operasi SAR diteruskan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua lelaki cedera, tersepit dalam kemalangan dua kenderaan di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.