Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • RELA ruang sumbang bakti kepada tanah air tercinta
  • Tengah
  • WILAYAH

RELA ruang sumbang bakti kepada tanah air tercinta

Utusan Sarawak 5 months ago

BINTANGOR: Kewujudan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), memberi ruang kepada seluruh warga negara untuk bersama-sama menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara dalam mempertahankan tanah air tercinta. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing berkata, ia juga bertujuan menjaga kesejahteraan serta keamanan setempat.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga RELA yang sanggup menyahut seruan dan cabaran ini.

“Peranan pegawai dan anggota RELA diperluas melalui kerjasama dengan agensi lain dalam pengurusan bencana dan kecemasan. 

“RELA sering menjadi pasukan pertama di lokasi kejadian. Walaupun peranan ini telah ditetapkan dalam arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), tanggungjawab mereka kini diperluas untuk meningkatkan pengurusan mangsa bencana,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemberian watikah dan pemakaian pangkat Ketua Platun RELA (KPR) bertempat di Pejabat Rela Daerah Meradong, hari ini. 

Katanya, oleh itu pembangunan keupayaan dan pemerkasaan anggota RELA perlu diteruskan bagi memastikan mereka dapat melaksanakan peranan ini dengan efektif.

“Selain itu juga, anggota RELA yang datang daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan budaya adalah faktor utama kekuatan jabatan ini. 

“RELA merupakan “natural melting pot” dalam menyatu padukan rakyat Malaysia. 

“Saya berharap semangat kekitaan dan amalan perkongsian antara kaum yang telah lama diamalkan oleh jabatan ini akan terus subur supaya perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada seramai 11 orang penerima telah menerima watikah dan pemakaian pangkat. 

Pada majlis sama, Koung Hiing turut mengumumkan akan menyalurkan geran khas bernilai RM3,000 kepada Pejabat Rela Daerah Meradong untuk menjalankan aktiviti tahunan 2025.

Turut hadir, Pegawai RELA Daerah Meradong, Awang Abdul Rahman Awang Shajirin. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 51 JKKK kawasan Jepak terima peruntukan RM510,000 Program Khas Speaker
Next: Warga PPS serlah bakat dalam pertandingan memasak ikan siakap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.