Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • RELA boleh bantu awasi PATI
  • TEMPATAN

RELA boleh bantu awasi PATI

Utusan Sarawak 5 years ago
MENJAWAB SOALAN… Dr. Hazland Abang Hipni menjawab soalan para wartawan semasa majlis penyerahan Lampu Limpah Padang Futsal Taman Sepakat Jaya oleh DBKU di Padang FUTSAL, Taman Sepakat Jaya,Kuching semalam.

KUCHING: Anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) boleh membantu dalam mengawasi gejala pendatang tanpa izin (PATI) selain menjaga keselamatan dan sebagai barisan hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni berkata, anggota RELA mempunyai banyak peranan selain daripada menjaga keselamatan, mereka juga boleh menjadi barisan hadapan dan mengawasi gejala pendatang haram.

“Ancaman keselamatan negeri ini dewasa ini adalah daripada sempadan dan lintas sempadan kerana kes daripada negara jiran yang sepatutnya kita jaga dengan lebih rapi.

“Dalam komuniti tidak banyak kes yang berlaku, jadi yang kita bimbang adalah kes yang datang daripada sempadan ataupun benteng di sebelahnya,” katanya pada Majlis Penyerahan Lampu Limpah Padang Futsal Taman Sepakat Jaya oleh DBKU di Padang Futsal Taman Sepakat Jaya, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, Rela mempunyai protokol dan sebagainya di setiap kampung.

“Kita menggunakan ‘Community Policing’ dengan komuniti setempat terlibat secara terus untuk menjadi barisan hadapan dan menjaga kampung masing-masing.

“Ini termasuklah RELA, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Skim Rondaan Sukarela (SRS) dalam KRT dan juga belia Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan sebagainya,” katanya.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Lanjutkan tempoh PKPP tindakan bijaksana
Next: Sarawak catat 1,379 tangkapan berkaitan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.