Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Reka bentuk projek pelabuhan Tanjung Embang di fasa akhir – Abang Johari
  • TEMPATAN

Reka bentuk projek pelabuhan Tanjung Embang di fasa akhir – Abang Johari

Utusan Sarawak 1 month ago
RASMI… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang di Dewan Suarah Kota Samarahan. Turut kelihatan Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, Residen Bahagian Samarahan, Mohamad Irwan Bahari Bujang serta tetamu kenamaan lain. Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Reka bentuk bagi pembangunan projek pelabuhan laut dalam di Tanjung Embang di sini kini berada di peringkat akhir, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata projek mega di bawah Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR) itu turut mendapat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa taklimat pembangunan negeri yang berlangsung di Wisma Bapa semalam.

“Semalam saya telah menunjukkan kepada Perdana Menteri pelan induk (reka bentuk) platform pelabuhan laut dalam tersebut… mungkin tidak banyak penambahbaikan diperlukan kerana ia sudah hampir menjadi pelan muktamad.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang bersetuju dengan cadangan kita untuk membangunkan SGR, yang dijangka memberi impak besar kepada ekonomi negeri dalam tempoh lima tahun akan datang,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Sarawak terbuka menerima suntikan dana tambahan daripada Kerajaan Persekutuan bagi projek berkenaan, meskipun Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan dan perancangan sendiri dengan kerjasama pihak swasta.

Abang Johari berkata semasa taklimat berkenaan, Kerajaan Persekutuan turut menyatakan persetujuan untuk memberikan insentif kepada Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri membangunkan infrastruktur.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam hantaran di Facebooknya berkata kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menyokong perancangan Sarawak dalam melaksanakan SGR, yang menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri itu.

Menurutnya, pelaksanaan pelan berimpak tinggi tersebut dijangka mampu menarik pelaburan bernilai sehingga RM300 bilion serta mewujudkan lebih 180,000 peluang pekerjaan baharu kepada penduduk Sarawak. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kuching Natural Farmers’ Market tarik minat pencinta gaya hidup sihat
Next: Komitmen infrastruktur diperkukuh, DBOS terus terima insentif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.