Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Reka bentuk bangunan PERKIM Limbang diteliti, penuhi keperluan semasa
  • WILAYAH

Reka bentuk bangunan PERKIM Limbang diteliti, penuhi keperluan semasa

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENELITI REKA BENTUK… Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Pengerusi PERKIM Cawangan Limbang, Datin Dayang Maimunah Awang Mohamad Daud pada mesyuarat projek pembinaan bangunan PERKIM Cawangan Limbang yang diadakan Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Limbang. Foto Pusat Khidmat Bukit Kota

LIMBANG: Reka bentuk terkini bagi projek cadangan pembinaan bangunan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Limbang kini sedang diteliti bagi memastikan ia bersesuaian dengan fungsi serta keperluan semasa pertubuhan berkenaan.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, projek berkenaan telah memperoleh kelulusan pemilikan sebidang tanah berkeluasan 0.22 hektar yang terletak di Jalan Kubu sebagai tapak pembinaan.

Menurut beliau, dengan anggaran kos pembinaan sebanyak RM1.5 juta, bangunan tersebut dijangka menyediakan kemudahan asas yang lengkap serta mampu menyokong pelaksanaan pelbagai aktiviti dan program PERKIM di daerah ini.

“Pembinaan bangunan ini diharap dapat memberi manfaat jangka panjang kepada organisasi serta komuniti setempat, khususnya dalam memperkukuh peranan PERKIM di Limbang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, satu mesyuarat berkaitan projek berkenaan telah diadakan di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Limbang bagi meneliti secara terperinci reka bentuk terkini cadangan pembinaan bangunan tersebut.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Pengerusi PERKIM Cawangan Limbang, Datin Dayang Maimunah Awang Mohamad Daud.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Jualan Rahmah Bergerak raih sambutan hangat di Bekenu
Next: Sarawak proaktif kawal tibi, Bintulu miliki mesin X-ray mudah alih pertama negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.