Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Regu Malaysia juara Piala Asia 2025, tewaskan Thailand 2-0
  • SUKAN

Regu Malaysia juara Piala Asia 2025, tewaskan Thailand 2-0

Utusan Sarawak 3 weeks ago
AKSI pemain pasukan negara, Mohamad Azlan Alias membuat libasan bola ke arah pasukan Thailand dalam pertandingan akhir acara Regu di antara pasukan Malaysia dan Thailand pada Kejohanan ASTAF Sepaktakraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, hari ini. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pasukan kebangsaan meneruskan penguasaan ke atas gergasi sepak takraw Thailand selepas menundukkan pasukan itu 2-0 pada final acara regu Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa, malam ini.

Trio negara diketuai Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) mengekalkan status Malaysia sebagai musuh tradisi selepas mendominasi sebahagian besar permainan kira-kira sejam menewaskan negara Gajah Putih itu, 15-12 dan 15-9 pada edisi sulung kejohanan berkenaan.

Kemenangan dilakar turut mengulangi kejayaan Malaysia pada Piala Dunia 2024 acara regu di gelanggang sama, yang menyaksikan skuad negara meraih kemenangan pada perlawanan akhir ke atas Thailand.

Pada set pertama, Malaysia memulakan perlawanan dengan cukup cemerlang dengan sebahagian besar servis dijana sempurna oleh Mohammad Syahir hingga memaksa Thailand akur dengan kekuatan skuad negara.

Thailand diketuai Yodsawat Uthaijaronsri (apit kiri), Sittipong Khamchan (tekong) dan Varayut Jantarasena (apit kanan) terdesak memerlukan kemenangan pada set kedua menggunakan pelbagai taktikal dengan harapan boleh mengheret perlawanan ke set penentuan, namun segala asakan tidak mampu dipatahkan, sekali gus skuad negara mengesahkan kemenangan dengan bergaya.

Sementara itu, Mohammad Syahir ketika ditemui selepas perlawanan itu menyifatkan kemenangan yang diraih tidak dijangka selain beliau mengakui tidak berada pada prestasi terbaik ketika saingan awal acara regu.

“Alhamdulillah menang 2-0 tapi banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki dari segi servis. Kami harap dengan masa yang ada ini dapat diperbaiki untuk berdepan Thailand bagi acara regu berpasukan pula,” katanya.

Ini adalah kemenangan kedua skuad negara pada kejohanan itu apabila turut mencipta sejarah mengungguli acara kuadran pada Isnin lepas.

Saingan acara regu berpasukan akan bermula esok.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Masa depan Harimau Malaya cerah di bawah bimbingan Cklamovski – Cheng Hoe
Next: Perjuangan Sivasangari terhenti di Chicago

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.