Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Regu KESTAP B muncul juara Pertandingan Sepak Takraw Kabong
  • SUKAN

Regu KESTAP B muncul juara Pertandingan Sepak Takraw Kabong

Utusan Sarawak 18 hours ago
DATO Mohd Chee Kadir menyampaikan hadiah kepada semua pemenang Pertandingan Sepak Takraw Tertutup dan Jemputan Kabong. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

KABONG: Regu KESTAP B dari Pusa membuktikan kehebatan mereka apabila muncul juara Pertandingan Sepak Takraw Tertutup dan Jemputan Kabong yang berlangsung di Gelanggang Futsal Lakik, semalam.

Dalam aksi final penuh sengit, KESTAP B menewaskan regu Pagan Takraw dari Saratok untuk mengesahkan kejuaraan, manakala regu KESTAP A menamatkan saingan di tempat ketiga dan Kabong Baru pula berada di kedudukan keempat.

Acara penutupan pertandingan itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir yang turut menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Beliau merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada para pemenang serta menegaskan bahawa kejohanan sebegini wajar dijadikan wadah mengeratkan silaturahim dan perpaduan masyarakat setempat melalui sukan.

DATO Mohd Chee Kadir menyampaikan hadiah kepada semua pemenang Pertandingan Sepak Takraw Tertutup dan Jemputan Kabong. Foto Pusat Khidmat ADUN Kabong

Beliau turut menekankan bahawa inisiatif ini harus menjadi pemangkin kepada Kelab Sepak Takraw Kabong untuk terus menggilap serta melahirkan bakat-bakat muda yang berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Alumni Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Leman Kabong dengan kerjasama Kelab Sepak Takraw Kabong, berlangsung selama tiga hari dan berjaya menarik penyertaan 16 regu yang dibahagikan kepada empat kumpulan.

Sepanjang penganjuran, sebanyak 32 perlawanan berlangsung dengan penuh semangat kesukanan, sekali gus memperlihatkan minat dan komitmen masyarakat setempat dalam menjadikan sepak takraw sebagai salah satu sukan warisan yang terus relevan di Kabong.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Regu KBDS Sweet dan Sour dari Sri Aman muncul juara dart beregu Betong 2025
Next: TBBC Sri Aman terus mengorak langkah tumpuan pembangunan bakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.