Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Regata Sarawak: Telaga Air berpotensi jadi pusat aktiviti sukan air
  • TEMPATAN

Regata Sarawak: Telaga Air berpotensi jadi pusat aktiviti sukan air

Utusan Sarawak 5 days ago
MENTERI Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada sidang media Regata Sarawak 2025, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Telaga Air berpotensi menjadi lokasi alternatif bagi penganjuran Regata Sarawak pada masa hadapan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, cadangan itu merupakan visi jangka panjang yang perlu difikirkan demi kelangsungan acara berprestij tersebut.

“Kita perlu bersikap praktikal kerana Kuching berkembang dengan sangat pesat. Ia bukan hanya melibatkan regata, malah acara lain di Padang Merdeka.

“Padang itu telah digunakan setiap tahun sejak 1963. Bayangkan dalam tempoh 20, 30 atau 50 tahun lagi, Kuching akan dibangunkan dengan banyak bangunan tinggi. Pada waktu itu, setiap kali kita adakan perarakan atau acara besar, seluruh Kuching pasti akan sesak,” jelasnya ketika ditemui media dalam sidang media Regata Sarawak 2025, hari ini.

Tambah beliau, Telaga Air mempunyai kelebihan tersendiri dengan kawasan lagun yang luas dan sesuai dijadikan pusat aktiviti sukan air sepanjang tahun berbanding lokasi lain.

“Tiada tempat yang boleh menandingi Telaga Air. Ia merupakan lagun yang besar dan boleh digunakan untuk sukan air sepanjang tahun termasuk ketika musim landas.

“Ini kerana kawasan itu dilindungi daripada laut bergelora. Namun, tempat itu perlu dibangunkan terlebih dahulu. Buat masa ini, ia sekadar idea yang saya lontarkan,” katanya.

Jelasnya, cadangan itu tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat, sebaliknya sebagai perancangan jangka panjang agar acara besar negeri dapat diteruskan secara lebih teratur pada masa hadapan.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Michael Kong rebuts Wilfred Yap over lorry weight limit issue
Next: Leader Energy akan bangunkan ladang solar 100MW di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.