
KUCHING: Regata Sarawak – Festival Tebingan Kuching 2025 membuka tirai penuh aksi di Sungai Sarawak hari ini, dengan pasukan dari dalam dan luar negara menampilkan kehebatan masing-masing dalam kategori DB20 Premier Open dan DB12 Premier Mix.
Pasukan PODSI Sekadau dari Indonesia mencatat masa terpantas keseluruhan hari pertama dengan 1:11.971 dalam kategori DB20 Premier Open, sementara KDB Indonesia A turut mencuri tumpuan apabila merekodkan 1:20.832 dalam kategori DB12 Premier Mix.
Dalam saingan DB20 Premier Open, persaingan sengit menyaksikan Rogue Pilipinas Paddlers Club, PCC Paddlers, dan LANDAS A masing-masing mencatat masa 1:14.417, 1:14.044, dan 1:14.434.
Aksi turut diserikan oleh AZAM KW Dragon A (1:15.112) dan Tabuan Sungai Bunga (1:16.070).
Pasukan tempatan Kuching Dragon Boat Club menamatkan Heat 6 dengan catatan 1:17.057, manakala pasukan antarabangsa seperti Almaty Dragons (1:17.005) dan Daerah Tutong Dragon Boat Team (1:17.275) turut memberikan tentangan hebat.


Dalam kategori DB12 Premier Mix, Pacific West Dragon Boat Club mencatat 1:24.509 dan BSAC Thailand 1:26.405. Combat Dragons, KTDB/DBKL, dan Team Kuromee masing-masing mengungguli heat awal dengan masa antara 1:27 hingga 1:30 minit.PESERTA dari dalam dan luar negara beraksi dalam saingan hari pertama Regata Sarawak – Festival Tebingan Kuching 2025 di Sungai Sarawak, Kuching. Foto JAPEN Dalam kategori DB12 Premier Mix, Pacific West Dragon Boat Club mencatat 1:24.509 dan BSAC Thailand 1:26.405. Combat Dragons, KTDB/DBKL, dan Team Kuromee masing-masing mengungguli heat awal dengan masa antara 1:27 hingga 1:30 minit.
Pasukan tempatan Kuching Dragon Boat Club Team Laksa juga tidak ketinggalan apabila menamatkan Heat 7 dengan catatan 1:27.767.
Perlumbaan dijangka bertambah sengit menjelang peringkat separuh akhir dan akhir yang dijadualkan berlangsung pada 26 Oktober 2025 nanti.
Oleh Amanda L & Adele Rissa